Sunday, August 22, 2010

Negaraku

Aku ada negara
Negara ku kaya raya

Negaraku ada bangsa
Bangsanya bijak-bijak belaka

Negaraku ada bahasa
Bahasanya halus dan berbudi sentiasa

Negaraku ada pemimpin
Pemimpinnya tidak pernah berputus asa

Namun sekian lama Negaraku merdeka?

Negaraku kaya raya
Kekayaannya untuk kepentingan kroni dan keluarga

Negaraku bangsanya bijak belaka
Bijak namum tidak mampu bersuara

Negaraku halus bahasanya
Namum dinodai kehalusannya tutur katanya

Negaraku pemimpinnya tidak berputus asa
Tidak berputus asa mempermainkan kata-kata

Negara ku sudah merdeka
Yang miskin di kerah Yang kaya di bela

Selamat Hari Merdeka!!

1 comments:

cimon said...

kita masih dijajah, tetapi...

kali ini oleh bangsa kita sendiri!!

padan laa hari merdeka dihayati dgn penuh asyik oleh warisan bangsa2 kita...bukan sahaja di dataran2...terUTAMA di hotel2, pantai2 dan kelab2...

yg memungkinkan 9 bulan kemudian kita menyaksikan pembunuhan tragis oleh bangsa kita sendiri di kaca televisyen!!

selamat menyambut hari kemerdekaan & assalamualaikum!